25 Februari, 2022

Jalan-Jalan je.

Jumaat 25 Februari 2022, tetiba teringat nak jalan-jalan ke Teluk Batik dan Lumut. Kami lewat perginya so dapat permandangan malam jelah. Kami melalui lebuhraya Changkat Cermin. Kami sampai Teluk Batik matahari sudah mula terbenam. Saya sempat mengambil gambar dan video di pantai Teluk Batik. Ada beberapa kumpulan pengunjung yang menginap di challet di pantai itu...mereka seperti hendak membuat aktiviti bbq dan ada juga yang sedang menikmati suasana angin malam di tepi pantai. Alangkah seronoknya kalau kami dapay bermalam di situ, tapi apakan daya sebab tak dirancang dari awal. Lagipun siapa pula yang akan menguruskan Nur Ain Agro Farm kalau kami berada di sini...
.........Kemudian kami terus ke Lumut. Hajat hati nak ambil gambar permandangan laut Lumut tapi suasana gelap....tiada apa yang nampak dengan jelas. Akhirnya saya hanya dapat mengambil gambar bahagian hadapan pintu masuk Jeti Lumut je...
...Tenyata pekan Lumut sunyi sepi di waktu malam atau mungkin keadaan jadi begitu kerana C19. Sebelum pulang...kami singgah membeli produk makanan laut di kedai yang masih buka...