Khamis 17 Februari 2022, saya dan Ain ke Hospital Pakar Kanan-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM). Harini Ain ada temujanji klinik gigi. Ini merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki di sini. Sebelum itu Klinik gigi Ain di PPUKM tetapi mulai hari ini ditukar ke HPKK UKM ini...
...Ain menunggu giliran. Keadaan sekeliling sangat sunyi...
...Selesai urusan pemeriksaan gigi Ain. Akan datang ke sini untuk rawatan ulangan 6 bulan lagi...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..