Alhamdulillah, meskipun sudah tidak lagi bersama program terapi berkuda di RDA POLO Club Ampang sejak awal 2020...Ain masih tidak dilupakan. Hari ini Jumaat 5 Mei 2023 bersamaan 13 Syawal 1444H kami (saya dan Ain) dijemput meraikan Jamuan Hari Raya RDA. Jam 8.45 pagi kami sudah sampai di Selangor POLO Club. Sempat bergambar di lokasi parking VVIP. Ain dah macam menunggu ketibaan VVIP pula 😂 Lama tidak bersua muka dengan Baginda... Semoga dapat ketemu lagi suatu hari nanti, aamiin. Teringat kenangan ketemu di tahun 2016......Ketibaan Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Bin Abdul Rahman. Presiden RDA Malaysia. Mendengar ucapan dari tuan presiden......Juga dapat jumpa our volunteer puan Susan. Banyak kenangan bersama beliau yang sering turun padang membantu program rda terutama di rda slot Rabu..slot terapi berkuda untuk rider CP seperti Ain......Terima duit raya RDA dari Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz...
...Gambar-gambar lain di majlis ini......Video...
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..