23 Januari, 2023

Meraikan Majlis PerbarisanTamat Latihan Adik Saudara PjM (U) - Part 1

Sabtu 21 Jauari 2023, kami bertiga beranak (saya, ayah Ain dan Ain) ke Akademi Tentera Udara Ipoh untuk meraikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Udara Siri 62/22. Pagini cuaca tidak berapa bagus. Pagi-pagi lagi hari dah hujan. Acara perbarisan tamat latihan akan berlangsung di Padang Kawat A...camno tu⁉️ Namun, acara tetap diteruskan cuma agak sedikit lewat kerana menunggu hujan reda dan menunggu tetamu vip tiba... ...Seronok Ain dapat tengok perbarisan ini...riuh mulutnya...
...Tadah tangan untuk bacaan doa......Usai Majlis perbarisan, PjM (U) bergegas untuk acara berikutnya. Sementara itu kami menunggu acara persembahan payung terjun...