22 Januari, 2023

Balik Kampung

Jumaat 20 Januari, kami tiga beranak..ayah Ain, saya dan Ain bergerak balik ke Perak. Selain cuti sambutan Tahun Baru Cina, kami nak meraikan adik saudara Ain yang tamat latihan di kem tentera udata di Ipoh. Oleh kerana lebuhraya PLUS banyak kenderaan kami akhirnya mengambil keputusan keluar di tol Tapah...
...Menempuh pekan Kampar mengingatkan saya pada kenangan di zaman sekolah menengah......KAMPAR, mengimbau kenangan... di padang bandaran dan sekolah inilah, kami team bola jaring sekolah Seri Teja pernah menyertai pertandingan bola jaring peringkat sekolah2 Gopeng-Kampar. Kami menjadi johan dan mwlayakkan kamo mewakili daerah sini ke pertandingan ke peringkat seterusnya di Setiawan...tahun 1981. Di Kampar ni juga saya bersama 2 orang lagi sahabat sekolah Seri Teja mewakili sekolah ke pertandingan bahas antara sekolah-sekolah Gopeng-Kampar. Alhamdulillah..kami mendapat tempat ke 3. Semua ini menjadi kenangan terindah buat saya. Al-Fatihah buat sahabat team bahas merangkap ketua murid sekolah Seri Teja, Sarifudin Yaacob...Al-Fatihah 🤲. Alhamdulillah dalam jam 1.15 tengahari kami sampai rumah opah Ain...Kami tak masuk rumah tapi terjah pokok rambutan gading dulu 😂😂😂...
...Ada yg tersembunyi di celahan dahan pokok bunga opah 🐦. Oapah Ain kata burung merbah...