29 Jun, 2019

Sesi Warmup Training Selepas Lama Berehat


Khamis 27 Jun 2019...Ain turun training selepas berehat panjang. Hari ini ada Yusuuf, Shahrul, Syafiq dan Jonny. Ain nampak ada main- main tapi balingannya masih tepat pada sasaran........


_____Jumaat 28 Jun 2019, Ain turun training tapi kali ini kami berdua saja. Alhamdulillah, walaupun Ain masih belum berlatih degan serius tapi saya puas hati dengan balingannya cuma saya perlu mencari kunci supaya Ain lebih lama memberikan fokusnya......Harini kami bawa bekalan kerana tak sempat makan di rumah. Jadi kami berkelah dua beranak di dewan PBS ni. Bekalan kami nasi puteh berlaukkan sambal pedas sotong dan ikan goreng pekasam. Lepas makan Ain sambung berlatih....___Kami beredar dari dewan PBS dalam jam 3.30 petang........
  __________