ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
19 Jun, 2019
Terapi Berkuda Eksklusif
Rabu 19 Jun 2019...terapi berkuda hari ini eksklusif sangat. Apa dia? Haaaa..nak tahu kenalah layari entri ini sampai habis......Aktiviti dimulai dengan terapi regangan ringan. Hari ini kak Gaya sebagai Leader. Saya dan Dozhi sebagai helpers......Ain berehat bersama aunty Rosie wife mr. Mike...Okey, jom kita layari apa yang eksklusif tu......Ada yang masih kenal lagi tak dengan artis ni? Bila ada kelapangan waktu beliau selalu turun membantu aktiviti terapi berkuda kami. Sangat baik dan peramah orangnya. Suaranya pun masih merdu seperti dulu......Ini pula saja je saya berswafoto dengan rider RDA yang dipanggil abang...