14 Mei, 2012

FORUM : Penjagaan Haid Di Kalangan Remaja Kurang Upaya Intelek - 28 April 2012

Kebanyakan remaja kurang upaya intelek melalui alam baligh sama spt remaja lain yg normal. Kebanyakan dari mereka tidak dpt mengendali diri sendiri ketika didatangi haid dan memerlukan bantuan ibubapa atau penjaga. Kebimbangan pasti menghantui keluarga remaja berkenaan dgn kemungkinan remaja berkenaan menjadi mangsa penderaan seksual. Objektif FORUM ini ialah Utk mendidik ibubapa/penjaga tentang peringkat-peringkat akil baligh, Menyediakan ibubapa/penjaga dgn ilmu sebelim anak didtgi haid dan Menambah pengetahuan ibubapa/penjaga tentang pelbagai rawatan pemberhentian haid.
Bagaimana Mengendalikan Haid? Kitaran Haid tidak boleh diberhentikan tanpa sebab. Masalah haid yang bagaimanakah perlukan bantuan? Masalah haid spt sakit yg keterlauan, haid yg byk dan tidak teratur, sawan yg kerap setiap kali haid, remaja yg mengalami perubahan sikap spt murung, menangis dan agresif. Juga masalah ibubapa/penjaga yg sukar mengendalikan haid anak remajanya. Pilihan/Rawatan :- (1) Pil Perancang - sesuai utk teraturkan haid atau yg ingin memberhentikan kitaran haid. (2) Menggunakan Mirena iaitu alat dlm rahim dgn ubat. (4) Implanon dan (5) Injection tetapi Injection bukanlah pilihan yg baik krn ia ada memberi kesan pada tulang anak-anak.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila datang ke Unit O&G Pusat Perubatan UKM pada hari Isnin (petang) dgn menghubungi 03-91457000 (PK Nurul/PK Mardiah) utk mendptkan temujanji. ATAU Jabatan O&G PPUKM 03-91455940 ATAU e-mail kpd : nurazurahaq@gmail.com

Tiada ulasan :