20 September, 2013

Video Perkembangan Positif Selepas 22 X Rawatan Alternatif di Family Home Spa Ice Therapy

 29 Julai 2013.
Alhamdulillah, Nur Ain sudah boleh menolak kerusi rodanya ke hadapan dan ke belakang dengan baik dengan menggunakan kedua-dua belah tangan kerana sebelum rawatan Nur Ain hanya menggunakan sebelah tangan sahaja...biasanya tangan kirinya kerana Nur Ain kidal (left handed).

 5 Sept.2013.
Nur Ain boleh duduk bersila dengan baik/stabil dan berkeyakinan (Tiada takut-takut lagi) walaupun tanpa ada sokongan di belakangnya kerana sebelum ini Nur Ain tidak selesa (tidak stabil) dan rasa takut-takut untuk duduk bersila walaupun ada sokongan di belakangnya. Video ini menunjukkan perubahan yg sangat positif....duduk bersila dengan stabil sekali sambil membuat aktiviti Fizio Carakerja/OT (Abaikan suara latar dalam video ini ya...)

  19 Sept.2013.
Wah! Ain sudah pandai berenang malah dengan pantas lagi. Sebelum ini, Ain tidak pandai berenang seperti di dalam video ini. Nampak dengan jelas Ain menggunakan ke dua-dua belah tangan dan kakinya untuk berenang. Ain benar-benar berkeyakinan untuk berenang malah sudah menjelajah berenang sekeliling kolam renang dan sudah beberapa kali memanjat tangga kolam dengan usaha sendiri tanpa bantuan. Ain benar-benar gembira dengan aktiviti hidroterapi air bergaram ini.

.......Ada lagi beberapa video Ain menunjukkan Ain mampu menaiki tangga untuk naik ke tingkat atas home spa untuk rawatan urutan seluruh badan dan video Ain sedang berjalan, tetapi video berkenaan tidak dapat dititipkan di sini kerana video berada dalam simpanan perawat yang mana akan disiarkan nanti, In Sya Allah...

Sekarang ini kami masih berusaha untuk menangani masalah skoliosis Nur Ain dengn urutan memperbetulkan kedudukan tulang belakang Ain supaya kembali lurus selain melakukan rutin terapi-terapi yang berkaitan masalah skoliosis ini. Semoga Allah membantu dan memperkenankan ikhtiar kami. Sebagai ibu, saya sangat bersyukur di atas segala perubahan positif yang berlaku ke atas diri Nur Ain...Syukur Alhamdulillah.....
Kepada Prof. Emeritus Dato' Seri Dr. Norhisham Wahab dan semua staf beliau di CVTHQ dan di Family Home Spa Ice Therapy, saya sekeluarga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas segala usaha dan budi baik mereka membantu saya bagi menangani masalah Nur Ain. Tanpa rawatan urutan seluruh badan secara percuma sebanyak 3X dalam seminggu itu mungkin saya tidak mampu untuk meneruskan rawatan alternatif ini....kerana kos urutan dan pembelian formula-formula yang diperlukan Nur Ain agak tinggi. Semoga segala kebaikan itu Allah SWT membalasnya dengan ganjaran pahala yang besar, aamin....