26 April, 2014

CEREBRAL PALSY (Entri dari Nota)

- Penjelasan Secara Umum.......1. Apakah itu Cerebral Palsy (CP)?... Secara umum Cerebral Palsy ialah satu keadaan yang disebabkan oleh kecederaan pada bahagian di otak yang mengawal kebolehan atau kemampuan kita untuk menggunakan otot dan tubuh badan kita. - Cerebral bermaksud kerja berkaitan dengan otak (serebrum otak) ..... - Palsy pula bermaksud kelemahan atau masalah dengan penggunaan otot (kekurangan kawalan otot)..... CP di bahagikan kepada:- ...a) Spastic CP - di mana terlalu banyak keadaan tone otot atau keketatan otot melibatkan pergerakan keras terutama di bahagian kaki, lengan dan belakang....b) Dyskinetic CP...c) Mixed CP - masalah bercampur-campur. ....CP termasuk juga di katagorikan kepada:- a) Diplegia - Bermasalah pada bahagian kaki. ...b) Hemiplegia - Bermasalah pada satu bahagian badan (spt. tangan kanan dan kaki kanan)...c) Quadriplegia - Bermasalah pada kedua-dua tangan dan kaki. Ada juga yang melibatkan belakang termasuk otot muka dan badan. ...... 2. Bagaimanakah CP boleh terjadi?...CP itu seringkali berlaku sebelum lahir, tetapi ada kalanya ia berlaku semasa kelahiran atau selepas lahir. - Bagi kes Nur Ain, ianya berpunca di mana berlakunya kecederaan di bahagian otak semasa di dalam kandungan di saat-saat waktu kelahiran di mana Nur Ain telah mengalami masalah kekurangan oksigen (Lemas) akibat lilitan talipusat di lehernya...- Nur Ain telah di diagnos mengalami Cerebral Palsy - Spastic Quadriplegia.......3) Apakah rawatan untuk CP? - Rawatan CP ialah:- a) Fizio Terapi....b) Terapi Carakerja (OT)...c) Terapi Pertuturan. ...d) Pembedahan bagi kes-kes tertentu...e) Suntikan Botox....Selain rawatan-rawatan asas di atas, ada lagi terapi yang juga turut membantu kanak-kanak atau pesakit CP iaitu; ...1) Hydrotherapy (Terapi Berenang)...2) Hypotherapy (Terapi Berkuda)..Termasuklah juga rawatan Alternatif seperti urutan dan rawatan cara Islam (Syifa').... ...NOTE : Sumber entri diperolehi dari beberapa laman web dan blog berkaitan CEREBRAL PALSY....