25 April, 2014

Kuasa Luar Biasa Kuda Dalam Aktiviti Terapi Berkuda. (Entri dari Nota)

Berkuda adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat menyeronokkan. Seringkali aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti dikalangan golongan elit sahaja. Justeru itu tidak ramai yang mengetahui bahawa aktiviti ini juga telah dijadikan sebagai aktiviti terapi bagi kanak-kanak istimewa sebagaimana yang dilaksanakan oleh Riding For The Disable Malaysia (RDAM). Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan kepada pelbagai peringkat usia......Aktiviti terapi berkuda ini mempunyai teknik-teknik khusus yang perlu diketahui oleh setiap Jurulatih dan pembantunya agar keselamatan Kanak-kanak istimewa berkenaan terjamin. Apakah Keistimewaan Terapi Berkuda? Secara umumnya keistimewaan terapi berkuda ini ialah ianya berkesan untuk kesihatan dan dapat membantu membina kekuatan otot dengan syarat ianya dilakukan secara berterusan oleh kanak-kanak istimewa berkenaan......Terapi ini dibahagikan kepada empat teknik dan ianya dilakukan berdasarkan kajian penerimaan daya fikiran kanak-kanak istimewa tersebut. Empat teknik itu melibatkan:-... 1. Psikologi (Kajian Tentang Fikiran) 2. Pendidikan 3. Sosial (Kemasyarakatan) 4. Fizikal (Berkenaan Dengan Badan).......Teknik yang dimaksudkan itu ialah:- 1. Psikologi (Kajian Tentang Fikiran). - Meningkatkan Motivasi/Dorongan - Meningkatkan Semangat - Meningkatkan Penampilan Diri - Memulakan Perasaan Dipunyai - Membenarkan Perasaan Berdikari - Merasakan Pencapaian Individu - Merasakan Keupayaan Untuk Mengawal Keadaan. 2. Pendidikan. - Memperbaiki Kesedaran Kewujudan Ruang - Memperbaiki Mengenali Warna - Memperbaiki Mengenali Objek - Keupayaan Membuat Keputusan - Berdaya Mengenali Huruf Dalam Arena Dressage - Berdaya Menggunakan Nombor - Membangunkan Tahap Disiplin. 3. Sosial (Kemasyarakatan) - (Sama seperti di no.2). 4. Fizikal (Berkenaan Dengan Badan). - Memperbaiki Pengawalan Kepala - Memperbaiki Susunan Barisan Keadaan - Memperbaiki Jalan (Lenggokan/Gaya) dan Bentuk - Mempertingkatkan Kekuatan - Meningkatkan Kelenturan (Kepelbagaian Pergerakan) - Memperbaiki Koordinasi - Memperbaiki Keseimbangan - Mengurangkan Nada Tinggi (Lebih Istirehat) - Mengurangkan Kegunaan Tenaga Semasa Aktiviti Dijalankan - Menaikkan Nada Rendah (Ransangan).......Sejauh manakah hubungan emosi antara Kuda dengan kanak-kanak istimewa tersebut? Bagi kes Nur Ain....Caramel (Nama kuda tunggangan Nur Ain) cukup mengenali Nur Ain dan Caramel jarang sekali buat hal jika Nur Ain yang menunggangnya. Bila Nur Ain hendak menaiki atau turun darinya Caramel akan memandang kebelakang memastikan Nur Ain sudah naik atau turun dari badannya maka selepas itu baharulah Caramel memandang ke hadapan dan bergerak. Pernah suatu ketika kanak-kanak lain yang terlebih dahulu menunggangnya dan masa itu Caramel sudah nampak akan kehadiran Nur Ain maka Caramel akan buat ragam malah merajuk dengan Nur Ain. Begitu juga kalau Nur Ain sudah lama tidak datang membuat terapi berkuda maka Caramel akan menunjuk ragam atau merajuk dengan Nur Ain. Caramel juga turut mengenali ibu Nur Ain (saya). Jika saya terlupa menegur atau mengusap badannya (Caramel) maka Caramel pula yang akan mengeselkan badannya ke saya. Begitulah antara kecerdikan seekor kuda. Malah kerana keserasian antara Nur Ain dan Caramel maka seringkali Caramel dianggap sebagai kuda Nur Ain oleh pihak RDAM MAFEC dan Nur Ain memanaggilnya Memel....