10 April, 2014

Riding Class and Hidrotherapy

 Rabu 9 April 2014...Alhamdulillah, kelas terapi berkuda Ain berjalan dengan lancarnya....Hari ini sekali lagi Ain buat aktiviti walk and trot. Penat tapi best.......Terima kasih kepada jurulatih dan pembantu-pembantu.... Sesungguhnya, bantuan anda semua tiada ternilai harganya. Pada mereka yang membantu redhokanlah Ain..setiap budi yang diberi kubawa ke mati...Semoga Allah SWT merahmati anda semua, ameen....Selepas kelas kami duduk-duduk santai sambil bersarapan pagi......Sebelah petangnya pula..Ain merelexkan otot-otot di Home Spa Ice Therapy di seksyen 11 Shah Alam. Hari ini kami (Ain dan mak) berenang santai berdua saja kerana tiada pesakit lain yang datang membuat rawatan hari ini disebabkan mereka membatalkan temujanji rawatan mereka atas sebab yang tidak dapat dielakkan maka petang ni satu kolam Ain kongker habis......Sekarang Ain dah kuat panjat tangga kolam renang tanpa bantuan lagi..Alhamdulillah....