20 Jun, 2014

Hari ke dua di Sahom Farm Retreat

...selepas bersarapan pagi kami memulakan aktiviti sukaneka dimulai permainan cari gula-gula dalam tepong, bawa belon ala-ala kingkong, mengambil getah pengikat dengan straw dan siapa dapat membuat jarak yang panjang hanya dengan apa yang ada pada masing-masing...sakit perut melihat gelagat masing-masing...macam-macam fesyen ada......
......kemudian kami turun ke tepi sungai untuk acara membuang belon berair...siapa yang belonnya pecah maka mereka boleh turun mandi manda di sungai......sebelum berangkat pulang kami menerima hadiah cendera hati masing-masing yang disampaikan opah.......Akhir sekali kami bergambar beramai-ramai...Inilah keluarga besar kami...