19 Jun, 2015

Raikan Cinta - Kenduri abang saudara

...Khamis 4 Jun...Ain, mak, abang dan adik ecah balik kampung dengan kereta Viva mak sebab ayah tak dapat ikut balik. Ayah akan berangkat ke Korea pada 6 Jun. Minggu ni merupakan cuti minggu pertama persekolahan. Kami balik kampung kerana hendak jumpa opah disamping meraikan kenduri kahwin abang Azmizan iaitu anak kakak mak Ain......Majlis bermula Jumaat 5 Jun iaitu malam pernikahan abang Ijan dengan kak Sakinah di rumah pengantin perempuan. Esoknya 6 Jun kami berangkat menghantar mempelai ke Taman Perpaduan Tambun Ipoh. Sebelum itu Pak chu Azwan menjadi pak andam terjun bagi menyiapkan pengantin lelaki......Setiba di rumah pengantin perempuan kami terus ke singgahsana pelamin untuk upacaya persandingan abag Ijan......Kemudian kami beredar ke meja khas tetamu untuk menjamu selera...__________________________________________________________________________________Tanggal 7 Jun, seawal pagi Ain sekeluarga berangkat ke rumah kakak mak di Taman Bersatu Simpang Pulai untuk kenduri sebelah pengantin lelaki pula.......Ain di red carpet......Antara juadah yang disediakan untuk menjamu para tetamu, ada ayam golek weh!!!......Walaupun makanan sedap-sedap belaka tetapi Ain tidak berselera untuk makan. Ain hanya duduk santai di tempat menyambut tetamu......Ni gambar opah Ain dengan uci Ros. Uci adalah panggilan untuk opah saudara bagi orang mendailing sebab sebelah ayah mak Ain adalah keturunan mendailing Aceh dan Berastaji Indonesia. Opah Ain pula memang asal orang Perak(Malaysia).Opah Ain yang pakai tudung biru tu......Hari ini mak Ain dan keluarga yang lain sibuk sesangat menyambut dan melayan tetamu yang datang termasuklah sedara mara. Kawan-kawan sekolah mak pun ada yang datang. Mak cukup seronok menerima kunjungan kawan-kawan sekolahnya......Menjelang jam 6 petang kami balik semula ke rumah opah. Malamnya sekali lagi kami datang ke rumah kakak mak untuk meraikan acara potong kek dan membuka hadiah......emmm....jemput makan kek.