ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
01 Jun, 2015
Rutin Kehidupan - Fizio Terapi
...29 Mei 2015, Ain meneruskan rutin kehidupan. Hari ini sekali lagi teacher Fasihah di bantu oleh pelajar-pelajar kolej. Ain sudah tentu gembira sesangat sebab ada banyak kakak......dimulai sesi regangan dan diikuti sesi pergerakan terapi......Alhamdulillah, Ain dah boleh buat aktiviti latihan mengangkat kaki tanpa bantuan. Dulu Ain susah nak angkat kaki macam ni......diikuti pula aktiviti latihan berdiri duduk, berdiri duduk......Dan diakhiri dengan latihan berjalan dengan cara yang betul......