11 September, 2015

Ain Mencuba Sukan/Pemainan Boccia

Apa itu Sukan Boccia?
Secara umum, BOCCIA adalah sejenis sukan yang direka khas untuk OKU CP atau neurological disorder lain yang tahap ketidak upayaan mereka adalah lebih teruk di mana pergerakan kedua-dua tangan dan kaki mereka terjejas....



...Bagaimana pemilihan pemain dibuat?
Pemain akan dikelasifikasikan kepada empat kategori berdasarkan ketidak upayaan mereka.

Empat Kategori itu adalah:-

BC 1 iaitu Pemain CP yang berkeupayaan membaling bola dengan tangan menendang bola dengan kaki tetapi mereka memerlukan seorang pembantu untuk menolak kerusi roda dan memberikan bola apabila diminta olehnya di mana pembantu itu mesti berada di belakang kotak atau kawasan pemain itu.

BC 2 iaitu pemain CP yang boleh membaling bola dengan tangan di mana keadaan fizikal pemain itu lebih baik daripada pemain BC 1 dan bermain tanpa pembantu.

BC 3 iaitu pemain yang mengalami masalah pergerakan yang agak teruk di mana pemain tidak berkeupayaan untuk memegang, membaling atau menendang bola. Oleh sebab itu pemain itu akan bermain menggunakan ramp dan mungkin juga assistive device lain seperti topi khas. Pemain itu juga akan dibantu oleh seorang pembantu yang akan berada di dalam kotak atau kawasan pemain sepanjang masa permainan berlangsung. Pembantu itu akan membantu menolak kerusi roda pemain, menggerakkan ramp dan meletakkan bola pada ramp atas arahan pemain itu.
...Alat Bantu : (Untuk pemain BC 3)
Ramp mempunyai kelulusan dari klasifikasi. Berada dalam kawasan pemain yang berukuran
2.5m x 1m
BC 4 iaitu pemain yang mengalami neurological disorder yang lain selain CP. Pemain itu mengalami masalah pergerakan pada kedua-dua tangan dan kaki. Pemain berupaya membaling bola dengan tangan dan bermain sendiri tanpa pembantu......

.............................
Kriteria Bola Boccia :
Berat - 275 gram +/- 12 gram
Ukurlilit  - 270 mm +/8mm
Bola mesti mempunyai warna yang jelas –  merah dan biru
Set bola boccia : 6 biji bola merah, 6 biji bola biru dan sebiji bola puteh yang dipanggil ‘jackball’. 

Peralatan lain untuk sukan boccia : (Untuk kegunaan pengadil)

- Petunjuk warna merah/biru
- Pengukur : pita pengukur, calipers, tolok pengukur, lampu suluh

Scoreboard – Peralatan masa


Manakala gelanggang boccia seluas 12.5 meter x 6 meter dengan permukaan gelanggangnya mestilah rata, keras dan licin.


Bagaimana teknik permainan boccia?
Teknik pemainan :
Pemain-pemain akan bermain secara individu, berpasangan atau berpasukan tanpa mengira jantina.
Pemain akan berada dalam kawasan atau petak masing-masing yang berukuran 2.5 meter x 1.0 meter dan akan menggunakan kerusi roda.

Setiap perlawanan
·         Individu BC 1 : 5 minit (4 pusingan) - setiap pemain 6 biji bola & sebiji jackball
·         Individu BC 2 : 4 minit (4 pusingan) - setiap pemain 6 biji bola & sebiji jackball
·         Individu BC 3 : 6 minit (4 pusingan) - setiap pemain 6 biji bola & sebiji jackball
·         Individu BC 4 : 4 minit (4 pusingan) - setiap pemain 6 biji bola & sebiji jackball
·         Pasukan BC 1 & BC 2 : 6 minit (6 pusingan) - setiap pemain 2 biji bola
·         Pasangan BC 3 : 7 minit (4 pusingan) - setiap pemain 3 biji bola
·         Pasangan BC 4 : 5 minit (4 pusingan) - setiap pemain 3 biji bola

Bagaimana cara permainan Sukan Bocia ini?
Pemain mesti membaling, menendang atau menggulingkan bola supaya bola mereka lebih dekat dengan jack ball (Bola Putih).

Setiap pusingan dimulakan dengan salah seorang pemain akan membaling jack ball dan diikuti dengan balingan bola pertamanya.


Kemudian pemain lawan akan membaling bola pertamanya pula.

Seterusnya pemain atau salah seorang pemain berpasangan atau pasukan yang bolanya lebih jauh dari jack ball akan membaling bola seterusnya sehingga bola dia atau mereka lebih dekat dengan jack ball.

Pemain akan bermain sehingga bola mereka habis dibaling.

Poin akan dikira pada penghujung setiap pusingan berdasarkan bilangan bola yang lebih dekat dengan jack ball daripada bola lawan.
Bola pemain yang lebih dekat akan menjadi pemenang.
Jumlah keseluruhan poin akan dikira selepas kesemua pusingan berakhir.
Pemain yang mendapat lebih banyak poin menjadi pemenang bagi sesuatu perlawanan......


. - Dari sumber Google dan pengetahuan am.