05 Oktober, 2015

Ain Sertai Kursus QUANTUM

Ahad 4 Oktober 2015, Ain bersama emak ke PPAS buat menyertai kursus lanjutan QUANTUM anjuran Colour Vibration Therapy  (CVT) yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Cuaca pagi di Shah Alam sangat berjerebu dengan bau yang tidak disenangi namun...itu tidak menghalang kami untuk menambah ilmu berkaitan rawatan cara CVT yang sudah sinonim dengan kehidupan harian Ain.......Selepas jamuan makan tengahari dan solat zohor kuliah bersambung hingga jam 3 petang dan dikuti pula ucapan dan majlis penyerahan Memorandom Persefahaman (MOU) antara Malacca Collage Of Science And Management & Colour Vibration Therapy Sdn.Bhd. Selepas itu bermulalah Mesyuarat Persatuan Pengamal Colour Vibration Therapy Malaysia (PPCVTM).....jam 6 petang kami gerak balik dan kelihatan cuaca sebelah petang di Shah Alam agak baik. Sungguh penat hari ini...mujur esok telah dimaklumkan sekolah tutup selama dua hari, maka bolehlah Ain dan emak merehatkan diri. Penat sungguh tapi berbaloi kerana banyak dapat ilmu tentang Quantum yang disampaikan oleh Prof. Dr. Norhisham Wahab, CEO CVTSB.