14 Disember, 2015

Ujian Kesakitan di awal Disember 2015

...Khamis 3 Disember 2015, usai membuat fizio terapi di Smart Integtated Therapy, seksyen 13, Shah Alam....Ain mendapat kemalangan jatuh bersama kerusi rodanya sekali. Ain mendapat kecederaan yang agak teruk. Giginya patah 2 batang, sebatang gigi ditemui manakala yang sebatang gigi lagi tidak ditemui samada Ain tertelan atau jatuh di tempat kejadian. Hidung dan tangan ain luka. Kemalangan berpunca Ain menarik brek kerusi roda dan tetiba kerusi roda itu bergerak lalu tayar sebelah kanan jatuh ke tempat yang tidak rata menyebabkan kerusi roda itu jatuh bersama-sama Ain. Muka Ain tersembam menyebabkan kecederaan berkenaan. Saya tidak sempat menahan Ain dari jatuh kerana kejadian berlaku terlalu pantas. Ain dibawa segera mendapakan rawatan di klinik berdekatan. Usai luka dibersihkan dan dibubuh ubat doktot berkenaan menyuruh saya membawa Ain mendapatkan rawatan di klinik gigi kerana kecederaan di gusi tambahan pula darah masih keluar... Saya segera memandu ke Klinik Gigi (Klinik Suria). Doktor gigi segera memberikan rawatan. Luka dibersihkan. Gigi yang tercabut dibersihkan dan dimasukkan semula ke tempatnya. Gusi terpaksa dijahit dan gigi diikat. Usai rawatan doktor menyarankan Ain dibawa ke hospital untuk membuat x-ray di bahagian dada kerana doktor itu bimbang Ain tertelan gigi yang tidak dijumpa tadi. Doktor bimbang gigi itu tersangkut di paru-paru Ain. Rahang juga perlu dibuat x-ray kerana doktor itu bimbang rahang Ain retak. Doktor menitipkan surat rujukan untuk saya bawa ke hospital. Selepas itu saya memandu pulang terlebih dahulu. Sampai di rumah saya menukar baju bersih buat Ain kerana baju Ain tadi kotor terkena darah. Kemudian saya bersama ayah Ain membawa Ain ke unit kecemasan PPUKM...........Selesai soal selidik dan mengisi borang, kami membawa Ain membuat x-ray. Kemudian kami kembali semula ke unit kecemasan. Setelah menunggu seketika Doktor gigi on call datang memeriksa gigi Ain. Benjie nama doktornya. Doktor Benjie memeneliti rekod Ain kemudian doktor membersihkan kesan-kesan darah beku di gigi dan gusi Ain. Jam 7.30 malam selepas mendapat lapuran x-ray Ain dibenarkan pulang ke rumah kerana keputusan x-ray positif, tiada apa yang serius. Kami diarahkan membawa Ain ke Klinik Bedah dan Maksilofasial PPUKM dua minggu lagi....Walaubagaimanapun pada jam 9 malam Dr Benjie menelefon saya meminta saya membawa Nur Ain ke hospital pada esok harinya kerana Ketuanya hendak melihat sendiri kecederaan gusi dan gigi Ain__________________________Jumaat 4 Disember 2015, kami membawa Ain ke Klinik. Sebelum diperiksa, Dr benjie mengambil satu x-ray gigi Ain. Selepas pemeriksaan Ain dibenarkan pulang dan akan datang selang 2 minggu lagi..._______________________Jumaat, 18 Disember 2016 Sekali lagi Ain mendapatkan rawatan dengan Dr Benjei. Rawatan saraf dilakukan...nampaknya Ain relex je...ikatan gigi juga ditanggalkan......Selesai pemeriksaan sekali lagi kami diarahkan membawa Ain untuk rawatan susulan Pada Jumaat 8 Januari 2016....Inilah wajah Ain selepas ikatan gigi ditanggalkan........Jumaat 8 Januari 2016, sekali lagi Ain menerima rawatan terakhir dari doktor Bejie kerana lepas ini Ain akan diletakkan semula dalam program rawatan Dr.Naga.......Ini pula gambar terkini wajah Ain yang sudah jadi remaja 19 tahun.......Amacam, comel tak Ain......hahaha...

Tiada ulasan :