ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
19 Julai, 2015
Menemui Balqis Di POLO CLUB Ampang
Tanggal 14 Julai 2015, mak membawa Ain menemui Balqis yang menjalani terapi berkuda (Hippoterapi) di POLO CLUB Ampang. Sebenarnya Ain juga pernah membuat terapi berkuda di tempat ini malah pernah terlibat membuat pergambaran tentang RDA di sini siaran astro.....
......Kami mengenali Balqis melalui buku kisah Balqis yang ditulis oleh ummi dia malah Ain turut serta semasa perlancaran buku berkenaan yang dibuat di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam Seksyen 13......Selesai terapinya, kami sempat bergambar dengan Balgis, ibubapanya serta dengan yang turut ada di situ termasuk uncle Muthu......yang ni pula gambar gelagat tiga orang anak Syurga bila berjumpa...agak-agaknyalah, apa yang kami bualkan???......Balqis ni peramah orangnya dan kaki ngusik juga...macam perangai Ain yang suka mengusik kawan-kawan...Sebelum kami beredar dari POLO CLUB Ampang kami sekali lagi bergambar......Lepas ni tak tahulah bila lagi akan dapat bertemu dengan Balqis sebab Balqis sekeluarga nak balik Arab Saudi...mereka tinggal di sana. Mudah-mudahan kami akan dapat bertemu lagi...In Sya Allah, aamiin...
03 Julai, 2015
Video Selepas Ain Kembali Sihat
....dirakam pada 25 Jun 2015......
....video dirakam pada 1 Julai 2015............Dirakam 1 Julai 2015.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)