13 Mac, 2016

Sesi Terapi berkuda dan Sesi Terapi Pasir

...Rabu 9 Mac 2016, Ain bersama rider lain menjalani sesi terapi yang berlainan sedikit dari terapi berkuda sebelum ini. Hari ini uncle Muthu menyelitkan terapi pasir untuk Ain dan rider-rider lain...Susah juga untuk Ain dan kawan-kawannya untuk membuat pergerakan di pasir berkenaan......Tetapi, dengan bantuan ibu dan sukarelawan RDA Ain dan kawan-kawan dapat juga menyudahkan setiap aktiviti yang di arahkan uncle Muthu walaupun dengan susah payahnya...