22 April, 2016

Kejohanan Boccia Sirkit 1 - 18 hingga 21 April 2016 (Part 2)

HARI KEDUA SELASA, 19 APRIL 2016...
Seawal jam 5.30 pagi saya sudah bangun. Saya mandi dan bersiap sedia untuk solat subuh. Ain masih lena dibuai mimpi agaknya. Saya biarkan dia. Selesai solat jam menunjukkan sudah hampir 6.30 pagi. Saya kejutkan Ain...liat juga dia nak bangun walaupun itu adalah rutin setiap pagi Ain bila giliran hari pergi sekolah.
Selepas menyiapkan Ain...kami pun turun untuk bersarapan pagi...warga Boccia Selangor pun turut bersarapan pagi. Kami duduk satu meja. Selesai sarapan kami terus ke gelanggang boccia...Hari ini Ain ada dua pertandingan. Satu jam 9.00 pagi dan satu lagi jam 12.30 tgh...dalam katagori BC2.........Perlawanan pertama Ain menentang Joyce Yap Zhi Yin. Dalam perlawanan ini Ain nampak tidak fokus. Ianya seperti satu latihan pada Ain. Ain tewas. Untuk perlawanan ke dua, Ain terpaksa berhadapan pula denga allet no.1 Boccia Malaysia... Justeru itu sudah pastilah Ain yang kurang latihan dan tiada pengalaman bertanding tewas...Redha jelaaaa....Habis sahaja perlawanan kami ke dewan makan untuk makan tengahari. Kemudian kami kembali ke dorm..Sekali lagi kami mengambil kesempatan bergambar berlatar belakangkan permandangan Kuala Lumpur.......Selesai mandi membersihkan diri. Saya menunaikan solat Zohor...Saya biarkan Ain dengan minatnya mendengar lagu melalui hp saya. Jam 2.30 petang kami kembali ke gelanggang boccia untuk memberi sokongan pada atlet Boccia Selangor...Kami kembali semula ke bilik selepas perlawanan pemain Boccia Selangor selesai. Jam 7 malam kami turun pula ke dewan makan. Sebelum merebahkan diri untuk tidur kami mengambil angin malam di beranda dorm.......Saya sangat suka menyaksikan permandangan malam Kuala Lumpur...cantik sekali dengan sinaran lampu-lampu.  Malam ini saya sukar untuk tidur kerana esok pagi Ain ada satu lagi perlawanan dengan pemain dari Pulau Pinang Devendran AL Velu. Pemain ini juga sudah pernah bertanding. Saya mungkin terlelap dalam jam 3 pagi...