30 April, 2016

Terapi Berkuda di RDA POLO CLUB Ampang

Rabu, 27 April sekali lagi Ain mengikuti terapi berkuda selepas seminggu berkampung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan untuk Kejohanan Boccia Sirket 1. Hari ini En.Muthu membuat aktiviti yang berlainan dari biasa. Mula-mula masih bergerak di dalam arena, kemudian kami bergerak ke luar arena iaitu sekitar kawasan Polo Club...Jom kita selusuri foto-foto aktiviti hari ini. Tu dia...Ain siap sedia memakai topi, menunggu giliran nak naik kuda.....Hari ini saya tidak mengiringi Ain......Selepas beberapa pergerakan di dalam arena...kami mula bergerak ke luar arena. Saya mengiringi Janna, manakala mummy Jannah jadi jurukamera. Happy sungguh kesemua rider dapat jalan-jalan dalam kawasan Polo Club...
Hari ini, Ain ada sedikit sentap kerana sering ditegur sebab tidak duduk dengan betul. Biasalah Ain...kalau terlampau ditegur dia akan sentap. Tapi biasanya lama-lama dia akan duduk dengan betul kerana Ain memang mampu buat......Ni foto Ain kena tegur...nampak ada tanda-tanda dah sentap tu...Jangan tak tau, Ain terasa hati tuu......Sebelum pulang Ain sempat possing lagi...______________Ni ada dua video pendek di dalam arena.....
..........