...Isnin 9 Mei 2016 Ain menghabiskan waktu petang Ain berenang di kolam air garam Family Home Spa Ice Therapy beralamat No.28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam. Ain sudah menjadi pelanggan tetap pusat rawatan alternatif ini. Terima kasih Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab dan semua staf yang telah memberi layanan yang baik buat Ain. Pintu Home Spa sentiasa terbuka buat Ain untuk menjalani hidroterapi air garam ini........Penat berenang Ain duduk santai main air dengan dayung. Tetiba cuaca yang cantik bertukar dengan dentuman petir dan disusuli dengan hujan yang agak lebat. Ain terpaksa akur keluar dari kolam...Sebelum balik mak menunaikan solat Asar. Terima kasih kepada staf Home Spa yang menyediakan minuman milo panas buat Ain dan mak ...Terima kasih atas layanan baik setiap kali Ain berkunjung untuk hidroterapi.... ....
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...