11 Disember, 2016

Berenang Lagi

...Jumaat, 9 Disember 2016 Ain kembali mengunjungi Family Home Spa Ice Therapy di No.28, Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam untuk aktiviti hidroterapi air garam. Sudah beberapa minggu Ain tidak berkesempatan melakukan aktiviti ini atas faktor sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.........Bila dah jumpa kolam, apa lagi berenang sakanlah Ain.._________________________________________________________________________________
video  video   video...Percubaan berenang tanpa bantuan pelampong lengan. Ain dapat melakukan keseimbangan badan untuk berenang secara terlentang tetapi untuk berenang secara normal..Ain masih belum mampu melakukannya lagi...sedikit bantuan pelampong di letakkan di pergelangan tangannya. Saya juga sedang cuba melatih Ain berdiri di dalam air tanpa bantuan pelampong dan saya...Ain mampu melakukanya dalam kiraan minima 4-6 kiraan. Percubaan ini akan diteruskan sehingga Ain boleh lakukanya dengan baik dan lebih baik lagi. Keyakinan positif perlu dipupuk dari masa kesemasa kepada Ain walaupun kadang-kadang saya dapat merasakan ada keadaan tertentu agak sukar untuk Ain melakukannya. Namun saya sentiasa twiss rasa negatif (tidak boleh) Ain itu kepada positif.... video

Tiada ulasan :