20 Februari, 2017

Kenangan Berkunjung ke Kelantan Bersama Visi - Part 2

Sabtu 18 Februari 2017...seawal pagi kami sekeluarga bergerak menuju ke Kelantan merentasi Banjaran Titingwangsa.  Sungguh cantih permandangan...melalui Hutan Belum hingga ke puncak (Pertengahan jalan antara Perak dan Kelantan).........Kami singgah berehat di pertengahan antara Perak dengan Kelantan...Sungguh cantik permandangan di sini. Udaranya cukup nyaman sejuk sepoi-sepoi bahasa.......Kami terus menuju ke rumah sepupu mak Ain iaitu pakcik Arman yang mengadakan majlis kenduri walimatulUrus anaknya. Sesampainya di rumah kenduri kami disambut hujan yang lebat namun itu tidak menghalang kami untuk meraikan majlis. Di sini kamu menemui ibu saudara mak -  'opah' Noor ibu kepada pakcik Arman. Kami juga berkesempatan berjumpa dengan 'mak yang' Jalila - anak opah Noor merangkap adik kepada pakcik Arman......Kemudian kami bergerak ke pekan Pasir Puteh mencari tempat penginapan. Kami memilih Homestay Amalin A'isyah di Kg. Kelubi Jalan Kota Bharu. Cantik homestaynya.......Homestay ini dilengkapi dengan peralatan memasak,dapur gas, peti ais, TV dan ada penghawa dingin di dalam bilik utama, Bilik ada dua dan ada disediakan meja makan.......Petang itu kami diberi juadah cucur goreng bersama sos oleh pemilik homestay...Emmm sedap cucurnya, berselera Ain makan cucur.......Kami menginap di sini selama dua malam. Kalau ada sesiapa yang hendak mencari tempat penginapan di Pasir Putih Kelantan, Bolehlah hubungi/WhatsApp : 013- 9138885 (Amir) @ 019-6531609 (Ella)....