03 April, 2017

TERAPI PASIR

Ahad 2 April 2017, Ain menyertai aktiviti Kelab Terapi 1 Malaysia (KET1M) untuk aktiviti 'Terapi Pasir' di Port Dickson Negeri Sembilan. Lokasi yang kami pilih, berhadapan Hotel Seri Malaysia. Seawal jam 3 petang kami sudah berkumpul. Aktiviti disertai seramai 15 orang anak-anak Syurga termasuk Ain yang diketuai oleh Pengerusi KET1M iaitu encik Muthusamy Kandasamy...Jom kita ikuti rintitan peristiwa Terapi Pasir ini dari awal hingga selesai......Lihat! Betapa gigihnya ibubapa anak-anak Syuga ini. Masing-masing bergotong royong mengorek pasir......Sementara para bapa bertungkus lumus mengorek pasir, encik Muthu memberi taklimat tentang Terapi Pasir......Ain begitu teruja untuk menikmati terapi pasir ini sebab, sudah agak lama kami tidak membawa Ain membuat terapi ini.......Ain tetap bergaya dengan cerminmata hitamnya walaupun separuh badan dari pinggang hingga ke hujung kakinya berada di dalam pasir.......Usai Terapi Pasir kami menjamu selera dan diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan......Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan Terapi Pasir ini. Malam itu Ain, mak dan ayah menginap di Hotel Seri Malaysia.