31 Januari, 2018

Terapi Berkuda di Hari Ulangtahun Kelahiran - Happy Birthday Ain

Rabu 31 Januari 2018, Walaupun hari ini cuti umum sempena perayaan Thaipusam...aktiviti terapi berkuda di terus. Hari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran Nur Ain yang ke 21 tahun. Tiada sambutan, tiada tiupan lilin mahupun kek birthday untuk Ain..tidak mengapalah Ain pun bukan siapa-siapa sekadar anak istimewa CP yang serba kekurangan. Dapat naik kuda hari ini pun sudah memadai bagi Ain. Dia sangat gembira dengan aktiviti berkuda ini. Hari ini kami ada tetamu dari Persatuan Ekuin Terengganu yang turut membuat latihan untuk persediaan menjalankan aktiviti terapi berkuda di tempat mereka........Kemudian terapi berkuda Ain diteruskan dengan mengubah posisi duduk Ain......Sebelum aktiviti terapi berakhir, Ain kembali duduk di posisi biasa......Terima kasih kepada semua yang terlibat melaksanakan aktiviti terapi berkuda hari ini. Bermakna hari ini saya dan mummy Janna tidak turun padang...kami berdua merupakam merangkap volunteer RDA pada setiap hari Rabu...
Alhamdulillah...sampai di rumah ayah Ain order pizza untuk kami makan anak beranak...YUMMY...

Tiada ulasan :