14 Disember, 2013

Jamuan di HSBC Bank - 12 Dis.2013

Di PKKI...Di dalam bas.......hari ini khamis 12 Disember jam 8.45 pagi Ain dan mak bersama-sama Pengerusi PKKI Hulu Langat Puan Sheley Tan, beberapa orang Guru dan rakan-rakan OKU serta ibu/bapa masing-masing telah ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sewa khas buat memeriahkan jamuan makan atas jemputan dari pihak pengurusan HSBC Bank. Selain PKKI, turut di undang ialah anak-anak yatim dari Yayasan Chow Kid dan Rumah Kid.Dari aras bawah kami menaiki lif ke aras 5 dan kemudian bertukar lif untuk naik ke aras 21 di mana kami telah disambut dengan penuh mesra oleh kakitangan HSBC Bank. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk kami.......Disediakan juga beberapa permainan.........Kemudian kami menjamu selera. Kesemua juadah yang disediakan, semuanya enak-enak belaka dan akhir sekali kami merima cenderahati dari Pengawai-pegawai HSBC Bank.......Bersama aunty Sheley yang sentiasa bekerja keras demi untuk murid-murid PKKI.........Kami bergerak pulang pada jam 1.30 tengahari........emmm...inilah cenderahati dan kudap-kudap yang Ain dapat dari HSBC Bank...Terima kasih....