04 Disember, 2013

Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Peringkat Kebangsaan 2013 - 3 Disember (Selasa)


Ain dan mak berkesempatan hadir untuk turut sama memeriahkan hari OKU Peringkat Kebangsaan yang bertema...″Hapuskan Halangan, Berikan Peluang: Kearah Kesaksamaan Dalam Masyarakat”...yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia, Serdang......Ain menyertai PKKI Hulu Langat. Memandangkan lokasi sambutan tidak jauh dari rumah Ain, jadi ain dan mak pergi dengan kereta sendiri. Pelbagai acara di sediakan oleh pihak penganjur...ada juga gerai-gerai OKU. Sempat juga meninjau gerai MyCP dan bergambar dengan siswi UPM yang tiba-tiba minta nak bergambar dengan Ain...hee......Ini pula antara gerai-gerai yg ada yang sempat difotokan......Yang paling menarik dapat bergambar dengan DR SAZ salah seorang orang kuat MyCP...Di samping itu mak Ain berkesempatan mendapatkan beberapa info berkaitan alat bantu/barangan OKU...

Ini Ain titipkan video gimik pelancaran/perasmian majlis sambutan ini....


Ini pula video anugerah OKU cemerlang...


Yang ini pula video persembahan pelatih-pelatih pusat pemulihan Bangi.....

″Hapuskan Halangan, Berikan Peluang: Kearah Kesaksamaan Dalam Masyarakat”