08 Februari, 2014

Jumaat Yang Bererti Dalam Kehidupanku

...Alhamdulillah, hari ini Jumaat 31 Januari Ain menyambut hari ulangtahun kelahiran Ain di Family Home Spa Ice Therapy bersama perawat Ain iaitu aunty V dan DR.Atiqa. Turut serta abang Syamel (anak Prof.NW), DR.bertugas malam, mak dan abang Ain serta sepupu Ain Siti Nurhaliza.......Jamuan ni kecil-kecilan saja dan kami-kami saja. Ada juadah Karipap pusing dan cucur badak serta minuman tea berkhasiat CVT......Ain juga mendapat kad ucapan dari Prof.NW beserta hadiah dari Prof. dan aunty V. Terima kasih kepada semua yang meraikan majlis Birthday Ain kali ini...Sebelum jamuan Ain menghabiskan masa lebih 3 jam berenang di kolam renang air garam....Jurukamera paparazzi Ain sempat juga ambil gambar kak Diana Rafar. Sorry kak Diana..ambil gambar tanpa kebenaran. Serilah kita yaaa...hee...hee..hee...Kak Diana makin cantik.......Wajah comel sweet 17....Alhamdulillah, setahun lagi Allah SWT izinkan Ain untuk menghirup udara di bumi milik-NYA...