30 Januari, 2014

Majlis Pelancaran Sekolah International Baccalaureate dan Majlis Persaraan Pengetua SMKPP 9(2)

...Hari ini Isnin 21 Januari 2014 beberapa orang kawan Ain menyertai aktiviti pelancaran pembelajaran sistem International Baccalaureate di mana sekolah Ain telah terpilih dari 10 buah sekolah seluruh Malaysia bagi melaksanakan sistem sekolah International Baccalaureate ini......Selepas selesai majlis perlancaran itu diikuti pula majlis persaraan Pengetua sekolah Ain. Acara kemuncak ialah acara keberangkatan pulang Datin Pengetua dengan diiringi 4 ekur kuda yang ditunggangi oleh pegawai dari Perbadanan Putrajaya.....Walaupun terbayang kesedihan di wajah Datin Pengetua, namun Bonda Datin masih tetap anggun dan kami akan merindui wajah anggun ini..... ..Terima kasih yang tidak terhingga Ain ucapkan di atas segala layanan baik Bonda Datin terhadap kami pelajar-pelajar khas dan juga khasnya kepada ibu Ain yang telah diberi kebebasan/kelonggaran untuk keluar masuk serta berada di dalam kawasan sekolah tanpa ada halangan dari pihak Bonda Datin. Semoga segala kebaikan dan budi baik itu Allah berikan keberkatan dan pahala yang besar buat Bonda Datin, ameen...