26 Februari, 2015

Buat Rawatan Di Family Homespa Ice Therapy

...Rabu 25 Feb.2015..Selepas terapi berkuda paginya, sebelah petangnya pula Ain ke Shah Alam untuk membuat rawatan susulan mandian air garam dan urutan.....Tapi hari ini Ain dimaklumkan oleh aunty Vee bahawa pada pertengahan Mac beliau akan meninggalkan Homespa untuk bekerja di spa anak saudaranya di Bangsar. Sedihnya rasa di hati ini sebab, nanti tiadalah orang yg akan mengurut dan merawat Ain lagi. Walau bagaimanapun kami terpaksa menghormati keputusan aunty...Mulai pertengahan Mac Ain kena belajar menerima ketiadaan aunty di Homespa. Sedihnyaaaa....Berkaitan rawatan Ain maka mak perlu merujuk semula dengan Prof NW...
....InsyaAllah, Ain akan meneruskan mandian air garam tetapi untuk urutan hanya akan dibuat dirumah sahaja....Alhamdulillah, aunty Vee ada mengajar mak Ain sedikit sebanyak teknik mengurut Ain..Terima kasih banyak aunty Vee kerana sudah setahun lebih aunty merawat Ain...Semoga Allah membalas segala keikhlasan aunty merawat Ain selama ini...Terima kasih juga buat Dr.Atiqa yang turut bersama merawat Ain...Kepada Prof.NW...terima kasih yang tidak terhingga Ain sekeluarga ucapkan..segala budi baik akan tetap dikenang..semoga Allah SWT merahmati dan memberi ganjaran yang sebesar-besarnya kerana memberi kesempatan Ain dirawat dengan sebaiknya bermula Julai 2013 bersamaan Ramadhan yg penuh berkat...aamiin...
.........

Tiada ulasan :