08 Jun, 2017

Aktiviti GAPS Malaysia Bersama Skuad Terima Kasih Media Prima - Part 2

 
...Selasa, 6 Jun 2017 bersamaan 11 Ramadhan 1438 Ain sekali lagi menyertai aktiviti GAPS Malaysia bersama Skuad Terima Kasih Media Prima di Step And Smile, Plaza Damas 3, Sri Hartamas Kuala Lumpur. Hari ini Ain dan kawan-kawannya akan melukis dan hasil lukisan itu akan dijual oleh pihak Skuad Terima Kasih di KLCC pada 12 Jun 2017......Seorang krew sedang memasangkan Pin Terima Kasih pada Ain...terlupa pula nak tanya namanya......Aktiviti melukis ini sangat meriah, semua terlibat termasuk krew. Masing-masing tekun mewarna mengikut kreativiti dan bakat masing-masing...Jom kita lihat gambar-gambar berikut dan biar gambar yang menceritakannya......Selesai mewarna kami semua berpossinglah naa.....Ini pula gambar-gambar dari siaran WHI TV3......Berikut gambar-gambar Ain possing di rumah......Jutaan terima kasih kepada Skuad 'Terima Kasih', GAPS Malaysia, Step And Smile. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan aktiviti ini. Terima kasih daun keladi naaaa...