ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
10 Jun, 2017
Ain Mencanting
Alhamdulillah...Ain kelihatan teruja dan berminat untuk mewarna/mencanting. Tangan Ain nampak sudah semakin lembut mengolah pergerakan berusnya. Jika selalu berlatih pasti Ain boleh menghasilkan hasil lukisan canting yang lebih menarik lagi ...
.......Ini dia hasil lukisan canting Ain yang dibantu dengan arahan untuk dia mewarna keseluruhan gambar. Tona warna tu olahan dari berus Ain...tidak dibantu.