ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
11 September, 2017
Majlis Walimatulurus - Abang Ain : Part 1 (Perjalanan)
Tanggal 8 September saya suami isteri, Ain dan Abdul Rahman (abang Ain/Pengantin lelaki) serta rombongan pengantin bertolak ke Pasir Putih Kelantan untuk majlis walimahtulurus di pihak pengantin perempuan. Rombongan kami empat kereta semuanya yang disertai adik bongsu saya sekeluarga, sepupu suami sekeluarga dan abang ipar sekeluarga. Cuaca sangat baik, perjalanan kami lancar. Kami bertolak melalui jalan Gerik - Jeli.........Kami singgah kawasan rehat Titiwangsa, berehat sebentar sambil menyaksikan keindahan permandangan di sekitar tempat itu.....Kami sempat singgah di rumah saudara ayah Ain di Jeli. Kami makan tengahari di rumah itu... ...Usai makan kami bergerak menuju Pasir Puteh Kelantan_______________________________ ----------