30 September, 2017

Walimatul Urus Abang Ain di Perak Darul Ridzuan - Part 1

Alhamdulillah, selepas 2 minggu kenduri di Pasir Putih Kelantan kami mengadakan majlis sambut menantu di rumah kami di Bandar Universiti Seri Iskandar pada hari Sabtu 23 September 2017 bersamaan 3 Muharram 1439. Moh kita selusuri perjalanan majlis melalui gambar-gambar kenangan ini. Dimulai dengan mempersiapkan cenderahati dan gotong royong masak juadah tambahan.......Oleh kerana Ain pun sibuk hendak membantu jadi yang ini saya bagi Ain isi sekadar untuk buat main Ain saja. Bukan main seronok ain sebab dia turut serta mengisi kacang dalam bekas kecil tu..Hohoho......Diikuti binaan pelamin dan khemah......Malamnya keluarga santai bergambar di atas pelamin...