...Jumaat 15 Mac 2019...Agak lama juga Ain tidak ke sini...rasanya hampir 3 bulan. Kekangan waktu sering menghalang. Kawan-kawan group Ain pun khabarnya sudah lama tak berkunjung ke sini untuk swimming (hidroterapi) kolam air bergaram dan mandian ais. Apa-apapun Ain happy. Dua jam kami menghabiskan masa di sini...
...Usai berenang saya membeli beberapa formula keperluan Ain...Aroma terapi Sejuta wajah, Garam Booster, NW 1, NW 4 dan NW 20...Kopi Aqlan dan sabun mandian collagen...serta menjelaskan yuran memperbaharui keahlian. Ain sempat juga possing weh!!!
ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...