ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
29 Mac, 2019
Ziarah Dewan PBS
Hari ini Khamis 28 Mac 2019 saya dan Ain mengunjungi dewan Boccia Selangor atas urusan PBS. Saya sempat melatih pemain dan Ain juga sempat berlatih. Alhamdulillah, walaupun sudah agak lama tidak berlatih digelanggang boccia namun balingan Ain masih bagus menepati sasaran........Ain bergambar dengan kawan-kawan boccianya....