ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
07 Februari, 2010
Aku Bebas Dari Satu Kesukaran.
Alhamdulillah, aku sudah bebas dari satu kesukaran..simen kakiku sudah dibuka pada Rabu 3 Feb. lepas. Tetapi aku masih dilarang menggunakan kaki kananku utk aktiviti memijak/berdiri sehingga 2 ke 3 bulan lagi iaitu sehingga tulang sambungan di kaki itu pulih sepenuhnya. Utk itu aku kena diangkat/didokong lagi...