11 Februari, 2012

Hari Keluarga TBS - 5 & 6 Feb.2012

Kali ini kami memilih Pantai Pengkalan Balak Melaka. Bila dah ramai-ramai berkumpul sudah tentu berbagai ragam dan kerenah. Sebelah malam kami menjamu selera dgn hidangan ayam, daging dan ikan bakar yg dibakar sendiri....cicah air asam berulam timun juga makan jagung rebus, emmm sedapnya. Apatah lagi sebelah petang tadi masing-masing mandi manda di laut dan bermain pasir di gigi pantai. Ain juga tidak melepaskan peluang mandi dan buat rawatan dgn menanam badannya dari paras pinggang hingga ke kaki di pasir pantai yg mengandungi garam. Ain suka sgt dgn aktiviti ini...sebelah malam (lepas makan) kami jalan-jalan dan menyusur pantai. Malam itu Ain tidur dgn lenanya, mungkin kepenatan....Kami menyambung menginap di sana semalam lagi dan pulang ke Taman Bukit Serdang (TBS) pada petang 7hb.