07 Mac, 2012

Rakaman Hidroterapi Ais di CVT Shah Alam

Rabu 7 Mac 2012...sekali lagi Ain melalui pengalaman membuat rakaman TV, kalini dengan pihak TV9 pula untuk rancangan barunya iaitu 'Remedi'. Pengacaranya sdra. Mohd Fakhrulradhi iaitu salah seorang dari ahli kumpulan nasyid UNIC. Rakaman bermula dalam jam 12 tengahari dan selesai dalam jam 4.45 petang. Rakaman ini dijangka akan disiarkan dalam bulan Mei nanti.....Sesiapa yang berminat nak tengok macamana rupa terapi ais yang Ain buat, tunggulah penyiaran 'Remedi' nanti, InsyaAllah....Di sini tiada gambar-gambarnya sbb emak dan abang Ain terlibat sama jadi tiada sesiapa dari keluarga Ain mengambil gambarnya...yang ada hanyalah dalam lipatan memori Ain. Akhirnya....Dengan rasa rendah hati, Ain ingin mengingatkana pada semua termasuk diri Ain sendiri....walau apa pun usaha kita dlm merawat penyakit atau permasalahan kesihatan kita, walau sehebat manapun cara rawatan itu namun kesembuhannya adalah tetap dengan izin Allah jua. Kita hanya mampu berusaha dan Allah SWT jua yang menentukan kesudahannya. JANGAN TERLUPA AKAN HAKIKAT ITU.