01 Julai, 2012

Temasya Sukan SMKPP 9(2) - 30 Jun 2012

Gambar ini diabadi semasa latihan (Rabu 27 Jun 2012). Wajah seorang Etlit, heeee.....Hari ini Ain diberi kesempatan membawa bendera mewakili semua rumah dan kawan Ain (Tasha) memberi kerjasama menolak kerusi roda Ain...terima kasih Tasha....Gimik perasmian....Temasya sukan ini berlangsung pada Sabtu 30 jun 2012 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Selepas acara lalu lintas hormat VIP, kami murid-murid Pendidikan Khas, Guru-Guru, PPM dan keluar/ibubapa murid meneruskan acara sukaneka di hadapan kemah kami. Acara-acara yang kami jalankan ialah...mengutip gula-gula untuk adik-adik, Perlumbaan Terompak Gergasi, Acara setiap orang peserta membawa 3 biji bola, acara membalut murid/keluarga dengan tisu (ala-ala Pocong/mamiya) dan acara lontaran belon....(Belon pecah! Habis basah sokmo...hee..hee...hee...). Untuk acara sukan, seorang rakan Ain iaitu Nurul Inani menyertai acara 100 meter, malangnya dipermulaan larian....Inani telah pecut habis sedangkan berlaku pembatalan larian..jadi untuk larian ulangan, Inani sudah kehabisan tenaga. Manakala dalam acara 4x100 meter lelaki...pasukan pendidikan Khas tidak bernasib baik, mereka gagal mendapatkan sebarang pingat...Tidak mengapa kawan-kawan, tahun depan cuba lagi....SERAMMMMM....amokan pocong di padang sekolah SMKPP 9(2)....Sebelum acara sukaneka dijalankan, ada acara yang semua orang suka iaitu acara 'sarapan pagi'....ada mehoo goreng, karipap, kauci bungkus, kek pisang, bun potato (buatan abang Ain), tembikai dan minuman teh ais...Yes! Inilah baju sukan Ain. Cantik kan....TAHNIAH kepada semua yang terlibat dalam menjayakan temasya sukan ini. Kepada semua penaja...terima kasih kami ucapkan (Terima kasih daun keladi ya, heee....)