ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH...
14 Oktober, 2012
Santai Di Rumah BG
Beginilah meriahnya bila berjumpa setelah sekian lama berpisah. Ibubapa dan anak-anak didik PKKI Hulu Langat serta guru dan bekas guru PKKI bersantai..makan-makan (portluck) di rumah Bekas Guru Besar PKKI Pn. Mariana Othman bertempat di Bt.18 Hulu Langat.
Ada macam-macam makanan....ada mee kuah, laksa, nasi impit dengan rendang, kueh talam, nasi dagang, agar-agar, kek, nuget dan roti....minuman air oren. Semuanya menyelerakan. Terima kasih GB kerana sudi jadi Tuan Rumah.....