16 Mei, 2014

Program Kecergasan - Jalan Ria 1 murid 1 sukan (10 Mei)

...Presint 3 Purtajaya, Ain bersama cikgu-cikgu dan kawan-kawan serta emak ,abang dan ibu kepada Ikwan (kawan sekolah Ain) menyertai Program Kecergasan Jalan Ria 1 murid 1 sukan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan...Seawal jam 6.45 pagi Ain sudah sampai di sekolah untuk menaiki bas ke Presint 3...Sementara menunggu bas sampai macam biasalah kami akan bergambar....tengoklah tu, macam-macam gaya ada.......Sesampainya kami di Dataran Putra, kami terus saja menyertai aktiviti Jalan Ria 1 murid 1 sukan....Masing-masing teruja dengan suasana meriah tu......sebelum memulakan Jalan ria kami sempat bergambar di atas pentas utama....tengoklah lambaian ceria dari Ain tuu...heee heee heee.......hampir suku perjalanan untuk sampai di garisan penamat...tiba-tiba muncul sorang Dato' tu (maaf, terlupa pula namanya)....sambil berjalan beriringan dengan kumpulan kami eliau berbual-bual dengan GPK kami dan bertanya tentang Ain kepada mak Ain. Kemudian Dato' tu minta izin untuk menolak kereta sorong Ain hingga ke garisan penamat di hadapan pentas utama....macam biasa tentulah saja di garisan penamat sudah sedia menanti beberapa jurukamera yang akan mengambil gambar dan kami dah bagaikan artis dengan glamournya...tapi takda sekeping pun gambar yang diambil tu masuk paper...kanjai buat penat possing je, hahaha...(PERASAN !!!). Selepas itu kami beredar mencari tempat untuk melepaskan lelah sambil minum MILO percuma......Abang sempat snap gambar TPM yang membuat lawatan di gerai-gerai pameran.....Kemudian kami pun beredar ke tempat lain yang lebih selesa untuk menunggu bekalan makanan dari penaja program sampai. Sambil-sambil tu mak Ain sempat meninjau-ninjau aktiviti lain di persekitaran tapak program......Di bawah nii ada beberapa keping gambar beberapa aktiviti yang ada di program kecergasan ni yang sempat mak Ain snap...