13 September, 2014

Karnival Kokurikulum 2014 @ Perkhemahan - Part 2

Selain pertandingan masak dan pertadingan kawat pasukan berunifom, pada hari yang sama (Sabtu, 6 September) diadakan juga pertandingan melukis, pertandingan mengukir buahan dan pertandingan ikatan tali/kain anduh utk murid PPKI @ Kadet JPAM Pendidikan Khas......Pertandingan melukis PPKI telah diwakili oleh Adila dan Inani. Lukisan Adila telah mendapat tempat kedua......Untuk pertandingan ikatan, hampir semua murid PPKI terlibat termasuk Ain di mana Ain turut menjadi salah seorang model. Sebelum pertandingan itu dimulakan, GPK PPKI iaitu Cikgu Zaharudin telah memberi taklimat ringkas berkaitan pertandingan ini..._________________________Acara terakhir ialah majlis penutup Karnival dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang......Bagi murid-murid perdana, usainya majlis penutup dan penyampaian hadiah mereka dibenarkan pulang tetapi bagi murid PPKI, perkhemahan kami bersambung satu hari lagi.......Dalam jam 2 petang majlis selesai dengan diakhiri jamuan makan tengahari.... ___________________________________________________________________ Selepas solat Asar murid-murid PPKI meneruskan aktiviti perkhemahan dengan perlawanan fussal.......Carta perlawanan mengikut kumpulan...murid-murid perempuan pun turut bermain fusal dan seperti biasa Ain akan jadi penonton setia... ............