01 Oktober, 2017

Walimatul Urus Abang Ain di Perak Darul Ridzuan - Part 4 Majlis mencempak

Sebelah malamnya kami meraikan pengantin dengan majlis merenjis dan mencempak......Dimulai ayah Ain, kemudian besan lelaki saya dan saya serta besan perempuan......Turut merenjis dan mencempak adik ipar saya, yang dipanggil Pak Long. Diikuti Pak Ngah dan Pak Su......Disusuli pula ibu saudara menantu dan adik menantu saya.......Ain juga tidak dikecualikan. Bukan main seronok Ain dapat merenjis abang dan kak iparnya. Apatah lagi bila semua yang merenjis dan mencempak dapat cenderahati bunga telur........Turut memeriahkan majlis malam ini, anak saudara saya Raiyan. Diikuti Pak su iaitu adik saya......usai majlis mencempak, kami bergambar kenangan......Diikuti acara membuka hadiah dari hadirin...Majlis diakhiri dengan jamuan makan nasi goreng. Pagi esok keluarga menantu saya akan pulang ke Pasir Putih Kelantan....Alhamdulillah, selesai sudah majlis walimatul urus anak sulung saya. Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini. Berbanyak-banyak mohon maaf dipohonkan atas segala kekurangan, al-maklumlah ini adalah pengalaman pertama kami membuat majlis kenduri kawin. Segala cacat cela dan kekurangan mohon maaf zahir dan batin.