11 Mac, 2018

Training Di Hujung Minggu.

Hari ini Ahad 11 Mac 2018 Ain turun training di dewan PBS. Sengaja saya datang hari ini untuk memberi peluang kepada pemain PBS yang tidak pernah turun training kerana parents bekerja dan tiada sesiapa boleh menghantarnya ke dewan training kecuali hari Ahad. Tetapi sekali lagi pemain itu tidak muncul dan memberi alasan last minit. Apalah daya saya untuk membantunya lagi...Ini bermakna pemain berkenaan perlu memiliki bola boccia sendiri.
Untuk berjaya kita perlu ada usaha dan kesungguhan...Hendak seribu daya..tak hendak seribu alasan. Ain juga mempunyai ragamnya sendiri tetapi itu bukanlah alasan untuk membiarkan Ain tanpa memiliki ruang dan peluang. Apa yang penting...kita mesti berfikiran positif...semoga Allah permudahkan segalanya dengan jayanya, aamiin......