09 Januari, 2019

Terapi berkuda pembuka tahun 2019

Hari ini Rabu 9 Januari aktiviti terapi berkuda sesi pertama tahun 2019 bermula selepas hampir sebulan lebih Ain tidak berkesempatan mengikuti kelas terapi berkuda..kerana pada pertengahan November 2018 Ain menyertai kontinjen Selangor ke Para Sukma Perak..diikuti cuti RDA di bulan Disember 2018. Bukan main terujanya Ain dapat naik kuda......Hari ini Ain dibantu oleh Mr.Vitor, Mr. Tom dan Tia......Gambar Ain bersama rakan-rakan rider Emil, Izmeer dan abang...juga Datin Nor, encik Muthu dan Mr. Tom.....Emak Ain juga sempat possing dengan kawan-kawannya..