08 Mac, 2024

Terapi Air (Renang) Sesi ke 5

Rabu 6 Mac 2024, bawa Ain untuk aktiviti terapi air (berenang) di Recreational Hub at Tropicana Aman. Sudah hampir sebulan aktiviti ini ditangguhkan kerana saya sibuk dengan beberapa urusan. Harini kelas bermula pada jam 4.30 petang tetapi kami kelewatan hampir setengah jam. Sebenarnya kami boleh sampai dalam 45 minit awal tapiiii....tiba di simpang ke Shah Alam...jam baru 3.30 petang (kelas jam 4.30) so...saya mengambil keputusan melencongkan perjalanan ke Home Spa Ice Therapy untuk membeli produk kesihatan Ain. Jangkaan saya, kami boleh sampai ke Recreational Hub at Tropicana Aman sebelum jam 4.30 tapi jangkaan saya salah sebab dari Home Spa perjalanan mengambil masa 30 minit kerana kenderaan mulai banyak jadi kelewatanlah kamiiii...Sampai je, kami bergegas bersiap untuk masuk kolam......Jam 5.30 Pembantu Ain terpaksa tinggalkan Ain untuk membantu pelatih lain pula. Saya mengambil alih sepenuhnya melatih Ain hingga jam 6...
Produk kesihatan yang diperlukan Ain...