ASSALAMUALAIKUM... Blog ini berkaitan dengan anak istimewa saya. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan semua ibubapa mahu memiliki anak yang sempurna TETAPI andai kata kita dikurniakan anak istimewa (Kelainan Upaya), janganlah sekali-kali kita berputus asa dan kecewa. Sesungguhnya pasti ada yang tersirat disebalik yang tersurat. YAKINLAH! Tidak ALLAH SWT jadikan sesuatu itu dengan sia-sia...Pasti ada HIKMAHNYA. REDHA dan SABARLAH..
22 April, 2024
Hadir Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri
Ahad 21 April 2024 bersamaan 12 Syawal 1445 bawa Ain hadir Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri Surau Al-Ubudiah Taman Bukit Serdang......Seronok Ain hadir di majlis ni. Sempatlah bergambar dengan YB Dun Seri Kembangan dan YB AP Puchong......Bila diajak balik airmuka Ain berubah masam. Dia tak nak balik rumah. Jenuh pujuk turun dari kete...